Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
1 Syawal telah pun seminggu berlalu,saya pasti umat Islam masih meraikan Aildilfitri selepas sebulan menempuh bulan Ramadhan dengan penuh keimanan =) Alhamdullillah dan Tahniah !! Semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan, InsyaAllah.
Masih banyak yang perlu saya update, kebanyakan gambar tempahan customer dari bulan Julai 2010 belum pun sempat untuk saya upload disini. Kesibukan tugas seharian, pengajian dan tempahan dari pelanggan membuatkan waktu 24j sehari semakin pendek =), saya pasti rakan2 bakers juga begitu.
Walaubagaimanapun, saya cuba sedaya upaya menguruskan masa dengan baik, terutamanya kepada mereka yang menghantar email bertanyakan tempahan, insyaAllah email anda akan dibalas selewat lewatnya dalam tempoh 48 jam.

Dikesempatan ini, kami sekeluarga ingin memohon Ampun & Maaf sekiranya terdapat kesilapan dari pihak kami sepanjang menjalankan perniagaan secara online ini. Sesungguhnya yang baik itu hanyalah dari Allah SWT dan yg buruk itu datangnya dari kami hambanya.
Selamat Hari Raya Aildilfiri
Maaf Zahir dan Batin
Suhana, Syukri, Amsyar & Aisyah
No comments:
Post a Comment